Perkembangan sosio emosi adalah memberi fokus kepada pengurusan kemahiran emosi yang matang,Perkembangan sosio emosi adal;ah penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepda pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan mengurus emosi sendiri diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap perkembangan. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi orang lain.
Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat emosi melibatkan perasaan gerak hati,tindak balas fisiologi dan pengetahuan. Emosi datang dalam pelbagai bentuk seperti emosi gembira,sedih takut, marah dan lain-lain.
Tahap emosi juga pelbagai dan secar umunya terbahagi kepada dua iaitu emosi positif seperti teruja,girang,gembira dan emosi negatif seperti takut,marah dan sebagainya.Sosio emosi yang ditunjukan oleh kanak-kanak dalam bentuk keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat.
CHE ROSMANI BT.CHE SOH


