Sunday, 2 June 2013

MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Pada hari khamis bersamaan dengan 31bh Januari 2013,tadika kami telah mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat tadika.Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira -kira pukul 10 .00 pagi.
Setiap kelas telah menyediakan sepanduk yang kreatif dan cantik.Manalaka kanak-kanak pula telah memakai pakaian tradisional iaitu bagi kanak-kanak lelaki telah memakai baju melayu dan bersongkok manakala kanak -kanak perempuan memakai baju kurung dan bertudung.Masing -masing pada hari itu begitu cantik dan bergaya.
Kanak -kanak telah berselawat beramai -ramai mengelilingi kawasan tadika bersama -sama dengan guru masing -masing.Setelah itu telah diadakan pertandingan mewarna.Kanak-kanak begitu teruja dan gembira.Untuk pengetahuan semua,kelas saya iaitu kelas al-kahfi telah memenangi sepanduk kreatif dan tercantik.

NORZAIHAN AZLIN BT.AB KADIR

No comments:

Post a Comment